Sejarah
Manga, jika diterjemah secra harafiah, bererti "gambar rambang". Perkataan ini julung kali dipakai secara umum pada akhir abad ke-18 apabila keluarnya karya-karya seperti "Mankaku zuihitsu" oleh Suzuki Kankei (1771) dan Santo Kyodenbuku bergambar "Shiji no yukikai" oleh Santo Kyoden (1798), dan juga pada awal abad ke-19 dengan karya-karya seperti "Manga hyakujo" oleh Aikawa Minwa (1814) dan Hokusai manga masyhur yang mengandungi beraneka lukisan daripada buku sketsa artis ukiyo-e terkenal bernama Hokusai.[1] Namun begitu, giga (harrafiahnya "gambar lucu"), terutamanya Chōjū Jinbutsu Giga (鳥獣人物戯画,? literally "gambar lucu haiwan dan manusia"), yang dilukis pada abad ke-12 oelh pelbagai pelukis, banyak mengandungi sifat-sifat manga seperti penekanan pada cerita dan garis-garis yang ringkas dan penuh kesenian.
Manga moden berkembang dari campuran buku bercetak blok kayu dan gambar dengan gerakan seni yang asing. Apabila Amerika Syarikat mula berdagang dengan Jepun, Jepun sedang memasuki satu zaman pemodenan pesat yang diiringi globalisasi. Maka, rakyat negara Jepun mengimport artis asing untuk mengajar murid-muridnya benda-benda seperti garis, rupa dan warna, iaitu elemen-elemen yang tidak pernah ditakan dalam ukiyo-e kerana idea di sebalik gambar biasanya dianggap lebih penting[perlu rujukan]. Manga pada zaman itu dikenali sebagaiPonchi-e (Punch-picture) dan, sepertilah majalah British Punch yang selaras dengannya, kebanyakannya menggambarkan humor dan sindiran politik dalam format pendek, bergambar satu atau empat.
Ketika lewat zaman Meiji hingga sebelum Perang Dunia Kedua, mangaka terkenal termasukRakuten Kitazawa dan Ippei Okamoto. Rakuten Kitazawa pernah berlatih di bawah ajaran Frank A. Nankivell, seorang artis Australia, dan bekerjasama dengan Jiji Shimpo setelah diperkenalkan kepadanya oleh Yukichi Fukuzawa. Selepas itu, Rakuten menerbit karya-karya masyhur seperti Tagosaku to Mokubē no Tōkyō-Kenbutsu(田吾作と杢兵衛の東京見物,? "Tagosaku dan Mokube Melawat Sekitar Tokyo") (1902) dan Haikara Kidorō no Sippai (灰殻木戸郎の失敗,?"Kegagalan Kidoro Haikara") (1902). Ippei Okamoto ialah pengasas Nippon Mangakai, persatuan kartunis paling sulung di Jepun. Karyamanga manbunnya, seperti Hito no Isshō (人の一生,? "Hidup satu orang") (1921), menjadi pengaruh utama terhadap mangaka zaman sekarang dan menjadi prototaip bagi manga fiksyen pada zaman seterusnya.[2]
Format Manga
Manga dibaca bermula dari kanan ke kiri.
Di Amerika Utara
Manga terbukti menjadi industri yang pesat membangun di Amerika, mencapai nilai pasaran sejumlah $180 juta pada 2005.[3] Tambahan pula, sebagai bukti kukuh pengaruhnya, sekurangnya 40 akhbar bersindiket telah menambah manga pada sudut komik mereka.[3] Manga juga menimbulkan minat kaum wanita untuk membaca komik. Di Amerika Syarikat di mana pembacaan komik didominasi lelaki, perempuan merangkumi 60% daripada bilangan pembaca manga.[3]
Manga juga telah mempengaruhi gaya pelukisan komik yang ditampilkan oleh muka-muka baru dalam arena penghasilan karya komik di Amerika.
Jenis Manga
- Josei (atau redikomi): wanita
- Kodomo: kanak-kanak
- Seinen: lelaki dewasa
- Shōjo: gadis muda/remaja
- Shōnen: lelaki muda/remaja
- Battling companion: Teman perjuangan (tidak rasmi)
- Alternatif
- Gekiga: gambar dramatis
- La nouvelle manga: gerakan seni Pernacis-Belgium/Jepun
- Semi-alternatif: gaya individualistik penerbitan popular
- Manga OEL: manga bahasa Inggeris asli
- Dōjinshi: Fan-art (Karya peminat) atau manga terbitan sendiri
- Magical girl (mahō shōjo): gadis sihir
- Robot/Mecha: robot gergasi
- Moe (juga mahō kanojo atau teman wanita sihir)
- Shōjo-ai atau Yuri: asmara lesbian
- Shōnen-ai atau Yaoi: asmara gay
- Hentai: lucah
Tidak ada komentar:
Posting Komentar